November 4, 2024
Al-Quran & Tafsir WAHYU

Satu Ayat Banyak Maksud

“Bukankah kami (Allah) telah melapangkan dadamu wahai Muhammad?” (Surah al-Insyirah 94: 1)

Pandangan Tadabbur
Imam al-Razi
  •  Ayat yang menyatakan tentang kelapangan dada dikemukan dalam bentuk tanda tanya (istifham).
  • Tujuannya membuktikan bahawa perkara tersebut memang berlaku.
  • Seolah-olah diungkapkan, “Kami telah lapangkan dada kamu”, namun dikemukan dalam bentuk istifham taqriri yang membawa maksud kelapangan dada tersebut benar-benar berlaku.
  • Maksud kelapangan dada ialah Allah menerangi hati Baginda sehingga menjadi lapang.
Imam Abu Hayyan
  • ((شرح الصدر bermaksud menerangi hati Nabi dengan ilmu hikmah dan melapangkannya supaya dapat menerima wahyu yang diturunkan.
  •  Melihatnya secara umum adalah lebih baik sehingga merangkumi pendapat ini dan pendapat yang lain.
  • Inilah pendapat majoriti ulama.
Pandangan Lain
  • Ramai juga berpendapat bahawa al-syarh adalah sesuatu berbentuk spiritual.
  •  Ada juga yang berpendapat ayat ini tentang peristiwa dada Nabi pada malam Israk Mikraj dibelah seperti hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Malik bin Sa’sa’ah
  • Peristiwa dada dibelah ini digambarkan dalam hadis, dikeluarkan hati Baginda, dibersihkan dengan air zamzam, kemudian diletakkan semula pada tempatnya. Bahkan diisi dengan iman dan hikmah.

Imam Ibn Kathir berkata: “Tidak berlaku sebarang pertentangan antara pendapat-pendapat tersebut. Ini kerana maksud melapangkan dada merangkumi tindakan membelah dada Baginda pada malam Israk Mikraj dan termasuk juga melapangkan dada Baginda secara spiritual.”

Walaupun ada yang mengkritik riwayat hadis dada Baginda dibelah waktu kecil sebelum dilantik menjadi Nabi, isu ini telah dijawab oleh Imam Fakhruddin al-Razi bahawa peristiwa tersebut adalah dinamakan irhas, tanda awal kenabian.

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?