March 22, 2025
Dakwah UMUM

Saudara, Selamat Datang ke Agama Islam

Situasi

Pada 30 April yang lalu, kurang lebih lima hari sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadan al-Mubarak, rakyat Malaysia telah menerima khabar gembira tentang pengislaman seorang pengarah drama dan filem terkenal iaitu Micheal Ang atau nama sebenarnya Micheal Ang Hai Swee.

Beliau telah berkongsi berita ini melalui akaun Instagram beliau dan disambut dengan penuh perasaan syukur atas hidayah Allah.

Mendengar khabar gembira ini, saya teringat pada kisah pengislaman seorang legenda tinju dunia iaitu Muhammad Ali. Nama asalnya Cassius Marcellus Clay Jr., yang dahulunya beragama Kristian dan dilahirkan di Kentucky, Amerika Syarikat.

Beliau diberi gelaran The Greatest kerana handal di gelanggang tinju dengan memenangi 56 perlawanan daripada 61 perlawanan sepanjang kariernya serta 37 kali menang dengan pukulan TKO (Technical Knockout).

Muhammad Ali telah memeluk agama Islam seawal usia 22 tahun. Dikisahkan bahawa apabila beliau terbuka hati ingin mendekati agama Islam, beliau bertanyakan soalan tentang dosa-dosanya yang lalu kepada seorang pendakwah.

Lantas dengan jelas pendakwah tersebut mendampingi beliau, lalu dibacakannya sepotong hadis.

Rasulullah bersabda, maksudnya, “Apabila seorang manusia memeluk agama Islam dan menambah baik keislamannya, dihapuskan segala dosa-dosa dan kesalahan yang pernah dilakukannya.” (Riwayat al-Bukhari)

Apabila al-Husaini Mahu Memaksa Anak Memeluk Islam

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?