Apabila membeli-belah di pasar-pasar raya besar, adakah anda perasan bahawa kita jarang-jarang mendengar ucapan cashier, “Saja jual” atau ucapan kita sebagai pembeli, “Saya beli.”
Lafaz ini dinamakan sighah jual beli yang mencakupi ijab dan kabul. Mengikut mazhab al-Syafi’i, ijab dan kabul menjadi salah satu rukun dalam jual beli dan wajib dilafaz secara jelas. Lafaz tersebut menentukan kesahihan jual beli yang berlaku. Walau bagaimanapun, kita tidak perlu risau kerana jual beli kita itu tetap sah. Jual beli yang biasa kita lakukan dalam transaksi harian kebanyakannya tiada lafaz secara lisan. Menurut pendapat dalam mazhab Syafi’i, ijab dan kabul mesti berlafaz secara lisan (al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj 6/217).
Namun, beberapa ulama mazhab yang tersohor seperti Imam al-Nawawi telah mentarjihkan pendapat itu dengan mengharuskan jual beli tanpa lafaz ijab kabul. Dalam fiqah, perkara ini dikenali dengan bai’ al-mu’atah atau al-ta’at. Terjemahannya mungkin jual beli unjuk-mengunjuk.
Al-Sharbini menyebut dalam Mughni al- Muhtaj 6/217:
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now