Umi, kenapa Allah beri kita sakit?” soal Kak Long perlahan ketika saya sedang memicit-micit kepalanya. Kebelakangan ini, agak kerap dia mengadu sakit kepala. Mungkin kerana keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan kesihatannya sedikit terganggu.
Saya menatap wajahnya yang berkerut menahan kesakitan. Sesekali dia menutup mata yang sedikit berair. Memahami ketidakselesaannya, saya mengalihkan sedikit kepala Kak Long di atas riba untuk mengelakkan cahaya lampu mengenai langsung ke anak matanya.
“Kenapa ya Umi?” Kak Long kembali bertanya.
“Sebab sakit ialah ujian. Allah nak lihat kita sabar atau tidak apabila diuji dengan kesakitan,” ringkas saya memberikan jawapan.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now