“Himpunan Lawak, Koleksi Cerita Lawak, Bahan Lawak. Semua tentang lawak. Buat apa follow page macam ni?” soal saya serius. Sakit mata dan sakit hati melihat senarai “Following” yang ada pada akaun media sosialnya. Bukan satu atau dua page lawak yang dia ikuti.
Banyak!
“Alah, mama. Buat hiburan je, ma.”
Saya menggeleng mendengar jawapannya.
Hiburan? Hiburan tidak perlu dicari! Hidup ini sendiri adalah permainan dan hiburan. Yang datang secara spontan pun perlu dikawal dan dibatasi, justeru untuk apa dicari-cari lagi?
“Bergurau, berhibur ni macam garam, sayang. Jangan banyak sangat. Nanti kita lupa tujuan asal kita dicipta. Jangan banyak sangat ketawa. Nanti jiwa kita lemah!”
Usai penjelasan demi penjelasan, saya menekan butang unfollow pada satu persatu page lawak yang diikutinya. Begitulah. Memberi ruang pada anak-anak untuk berkenal-kenalan dengan media sosial bukanlah bererti saya memberi kebebasan sepenuhnya kepada mereka. Masing-masing masih perlu dipantau dan diberi panduan. Perlu diperingatkan bahawa setiap perkara yang dipandang dan dibaca pada setiap hari, itulah yang nanti akan membentuk hati.
Why So Serious?
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.