October 1, 2023
Tentang Hati UMUM

Sedetik Takdir

Lebih sedekad tidak bertemu. Saya hampir sahaja gagal mengenali raut wajahnya. Tetapi senyuman itu, subhanallah, itu yang mampu mengembalikan ingatan saya terhadapnya. Kak Faridah!

“Ingat Adib? Anak kakak yang pernah belajar dengan Nor dulu. Yang hyperactive tu. Yang Nor cakap panjat tingkap masa tengah belajar tu. Ingat tak?”

Saya berusaha mengingati watak anak kecil itu. Oh, ya, ya! Saya masih mampu mengingatinya.  Adib, anak murid bertuah yang dulunya selalu buat saya marah. Adib memang tak tahu duduk diam! Dan saya ketawa mengingati segala kenakalannya.

“Nor tahu tak? Masa dah hampir nak PT3, dia jatuh dari kerusi. Kes tertidur dalam kelas sahaja. Masa jatuh tu, kepalanya terhentak ke bucu meja. Pengsan. Apabila sedar, dia hilang ingatan. Dia tidak ingat kakak sebagai mak dia. Dia tidak kenal sesiapa pun. Sebaknya kakak tengok dia pegang dan usap kereta dan tanya itu apa. Kereta pun dia tak kenal. Semua benda dia tak kenal!”

Tawa saya terhenti. Keterujaan saya dapat bertemu Kak Faridah serta merta jeda. Adib hilang ingatan? Ya, asbab jatuh kerusi saja! Anak hyperactive itu bukan mendapat kecelakaan sewaktu memanjat tingkap atau almari. Tapi ketika tertidur! Ya Allah, ironinya takdir ini!

Anak Patah Tangan

Takdir yang tidak dijangka. Malang tidak berbau dan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Fikiran saya melayang mengingati tragedi yang pernah menimpa salah seorang anak saya. Sedang kami bergurau senda, sedang dia riuh ketawa kerana saya menggeleteknya, siapa sangka tindakannya berengsot ke belakang kerana mahu ‘menyelamatkan diri’ daripada terus digeletek telah membuatnya terjatuh daripada sofa. Dan tangannya patah!

Allah Ya Allah. Menggigil seluruh tubuh saya sewaktu melihat tangannya sudah lembik terkulai. Siku dan lengannya sudah terpisah. Yang menyambungkan keduanya hanyalah kulit saja. Ya, semuanya berlaku sekelip mata! Dalam sekelip mata, semua gurau senda dan tawa mesra kami terhenti. Dalam sekelip mata, raungannya menahan kesakitan membuat hati saya serta merta tidak keruan. Menahan tangis agar si anak tidak panik tetapi saya sendiri sudah tersangat panik!

Demikianlah sedetik kisah musibah yang singgah. Rembesan air liur kerana seronok tertawa boleh bertukar deraian air mata dalam sekelip mata. Ini cerita hal-hal yang tidak dijangka berlaku di antara kasih sayang teragung di dunia. Kisah kasih sayang ibu dan anak saat teruji dengan kasih sayang Allah. Di atas satu perkara yang dianggap musibah!

Respons Terhadap Takdir

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?