December 9, 2023
KEKELUARGAAN Wanita & Keluarga

Selamanya Anak Kecil Emak

Alhamdulillah akhirnya kami membuat keputusan untuk berpindah juga. Rumah kuarters kerajaan yang sudah lama lulus untuk kami duduki, dua tahun tidak berpenghuni. Mencari kesesuaian masa dan keputusan yang agak berat ketika itu kerana melibatkan kerjaya yang akan saya tinggalkan.

Dengan keyakinan kepada Allah, akhirnya kami tinggalkan Gombak dan terus menetap di Shah Alam. Insya-Allah dengan kehidupan baharuku bergelar seorang suri ummah.

Emak Lebih Teliti

Pada hari kami berpindah, aku seperti biasa. Tenang sahaja fikiran kerana tidak tahu apa lagi yang kurang. Rasanya semua okey sahaja.

Namun emak lebih teliti.

“Angah, nanti sampai rumah sana, pasang ayat al-Quran. Tahulah kalau rumah yang lama tak ada orang tinggal,” pesan emak di hujung talian memikirkan cucunya yang baru berusia enam bulan.

“Angah, berapa orang yang tolong angkat barang tu? Mak ada masak sikit. Boleh makan sama-sama nanti.”

Ayah dan emak datang dari Seremban. Sampai sahaja, kulihat kereta penuh! Ada toto dan bantal, bekalan makanan, pinggan dan cawan serta periuk nasi! Aroma nasi ayam menusuk ke hidung.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?