December 11, 2024
Sirah & Kisah UMUM

Selepas Perjanjian Aqabah, Musuh Pula Mula Bertindak

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami mempunyai ikatan perjanjian dengan orang Yahudi. Namun, kami telah pun memutuskannya. Nanti selepas Allah memenangkan tuan, adakah tuan akan kembali kepada kaum tuan dan meninggalkan kami?” tiba-tiba Abu al-Haitham mencelah.

Baginda s.a.w. tersenyum lalu bersabda: “Bahkan darah dengan darah. Tanggunganku adalah tanggungan kamu semua. Kehormatanku adalah kehormatan kamu semua. Aku adalah sebahagian daripada kamu. Kamu adalah sebahagian daripada aku. Aku akan memerangi sesiapa yang memerangi kamu. Berdamai dengan sesiapa yang berdamai dengan kamu.”

Adakah pertanyaan yang diajukan Abu al-Haitham r.a. itu tanda beliau curiga? Tidak, ia bukanlah satu kecurigaan. Sebaliknya, ia menunjukkan betapa Islam begitu meraikan umatnya untuk bertanya demi menyelesaikan apa-apa yang terbuku di hati.

Jawapan Rasulullah s.a.w. pula mengajar kita betapa seorang Mukmin sesama Mukmin yang lain itu perlu setia dalam keadaan susah dan senang hingga ke akhir. Seorang Mukmin bukanlah insan yang hanya akan mencari saudaranya saat dirinya tiada dahan untuk berpaut, kemudian meninggalkannya saat diri sendiri sudah terlepas daripada kesempitan!

 

12 Orang Naqib

Rasulullah s.a.w. juga telah meminta agar mereka memilih seramai 12 orang dalam kalangan mereka sendiri untuk menjadi naqib. Lalu mereka memilih sembilan orang daripada kalangan Khazraj dan tiga orang daripada kalangan Aus.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
Naqib yang Dipilih
Khazraj

1.       As‘ad bin Zurarah.

2.       Sa‘ad bin al-Rabi’.

3.       Abdullah bin Rawahah.

4.       Rafi’ bin Malik.

5.       Al-Barra’ bin Ma’rur.

6.       Abdullah bin ‘Amru bin Haram.

7.       Ubadah bin al-Samit.

8.       Sa‘ad bin Ubadah.