January 13, 2025
Fikir Zikir SOLUSI

Seronokkah Membawang dan Mendaging?

Istilah “membawang” semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ia bukan sekadar suatu istilah atau buah mulut golongan remaja, malah ia turut menjadi buah mulut orang dewasa dan kanak-kanak.

Istilah “membawang” bermaksud perbuatan menceritakan khabar atau hal yang buruk tentang seseorang di belakangnya atau dalam erti kata lain ia bermaksud mengumpat, mengata, mencela atau bergosip.

“Mak cik bawang” pula merujuk kepada golongan wanita yang datang untuk bergotong-royong membantu sesuatu majlis kenduri. Sambil duduk memotong bawang, sambil bergosip atau mengumpat tentang kehidupan bermula daripada keluarga, jiran, rakan-rakan sehinggalah bergosip tentang artis dan ahli politik.

Budaya “Membawang”      

“Mak cik bawang” umpama ikon bagi aktiviti “membawang” yang dilakukan. Pelbagai isu dikupas sehinggalah kerja-kerja mengopek dan memotong bawang selesai.

            Aktiviti membawang dahulu berbeza dengan aktiviti membawang sekarang. Kini aktiviti membawang mula meresap dalam media sosial tanpa kawalan. Bahkan ia sudah menjadi trend semasa semata-mata untuk memuaskan nafsu.

Apa pula maksud “mendaging”? Mungkin istilah “mendaging” belum terkenal seperti istilah “membawang”, namun ia adalah satu istilah yang boleh difahami bagi seseorang yang mengumpat dan mengata tentang saudaranya.

Istilah ini sebenarnya digarap daripada ayat al-Quran melalui firman Allah, mafhumnya:

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?