December 11, 2024
Al-Quran & Tafsir WAHYU

Sesal Kerana Salah Tingkah

Dalam 10 ayat terawal surah al-Anbiya’, Allah menceritakan tentang perilaku golongan yang menolak kerasulan dan kebenaran. Kini, dalam lima ayat berikutnya, Allah menceritakan pula akibat perbuatan mereka.

Allah berfirman:

Maksudnya: “Dan berapa banyak Kami telah binasakan penduduk negeri yang melakukan kezaliman dan Kami telah menjadikan selepas mereka, kaum yang lain sebagai pengganti.” (Surah al-Anbiya’ 21: 11)

 

  • Zalim dan KegelapanZalim yang bererti aniaya dan zulmah (ظُلْمَةْ) yang bererti gelap berasal daripada kata akar yang sama.Hakikatnya, zalim dan gelap ada perkaitan. Kezaliman ibarat menempuh jalan yang gelap. Jalan yang gelap ialah jalan yang salah. Jalan yang salah membawa ke jalan yang buntu, tiada penghujung atau membawa kepada kebinasaan.

Ayat ini berbentuk pertanyaan, namun ia sebenarnya bermaksud untuk memberi penjelasan, bukannya mencari jawapan bagi sebuah persoalan. Negeri tersebut Allah binasakan disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh penduduknya. Puncanya, mereka berlaku zalim.

Zalim di sini bererti ingkar kepada perintah Allah dan mendustakan para rasul.

Kaum Pengganti

Allah berfirman dalam beberapa ayat lain yang menggambarkan kaum yang pernah Allah musnahkan. Semuanya kerana punca yang sama; berlaku zalim:

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?