October 1, 2023
Tentang Hati UMUM

Setulus Nawaitu

 

“Boleh tak Bonda Nor kongsikan apa sebenarnya inspirasi Bonda Nor dalam bidang penulisan?”

Soalan wartawan tersebut saya sambut dengan senyuman. Barangkali beliau menjangkakan saya menyebut nama beberapa orang penulis yang menjadi idola saya.

Malangnya, tidak.

Memang tiada. Saya tidak menulis kerana suka atau terinspirasi dengan penulisan sesiapa. Perjuangan saya dalam bidang ini tertumpu kepada diri saya sendiri. Pada kekuatan niat. Ya, akarnya di situ. Saya berjuang sungguh-sungguh dalam bidang penulisan bukan untuk membina kehidupan, tetapi sebagai persiapan untuk bertemu kematian!

 

Sejarah yang Melukakan

Zaman kecil yang nanar, berterusan sehingga remaja. Allah anugerahkan akal yang pintar, namun tidak pintar menggunakannya. Dapat keputusan akademik yang baik dan masuk universiti, tetapi memilih untuk berpelesaran seperti orang tanpa arah tujuan. Jam 3 pagi masih bersepah, merempit atas jalanan!

Itu saya. Kata orang, zaman jahiliah.

Tetapi sebenarnya saya tidak jahil. Saya tahu segala hukum-hakam. Saya pelajar sekolah agama. Bahkan keputusan untuk subjek Syariah dan al-Quran Sunnah sentiasa dapat A!

Ya, saya bukan jahil, tetapi degil!

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?