Baru-baru ini, ada satu kaji selidik dilakukan yang dilakukan oleh UNICEF melibatkan 966 ketua isi rumah dan 2142 kanak-kanak berkenaan Kanak-Kanak Pinggiran: Satu Kaji Selidik Mengenai Kemiskinan dan Penafian Hak Kanak-Kanak Bandar di Rumah Pangsa di Kuala Lumpur.
Kajian ini berkenaan miskin bandar. Atau mungkin juga ada yang jatuh kategori fakir bandar!
Kemiskinan perlu difahami pada akar umbinya. Ia adalah masalah yang terhasil daripada pelbagai punca. Lihat sahaja bongkah ais yang terapung di lautan. Nampak sahaja tidak sebesar mana, namun dasarnya?
Sebab itulah kapal Titanic yang gah itu karam. Yang dipandangnya adalah puncak aisberg, sedangkan bahagian dasar yang berada di bawah paras air laut itu jauh lebih besar saiznya.
Kita pandang remeh kemiskinan, sedangkan kesannya besar.
Kita pandang remeh kemiskinan, sedangkan kesannya besar.
Punca Kemiskinan
- Diskriminasi.
- Sumber yang terhad.
- Sumber yang diagihkan dengan tidak sekata.
- Tiada institusi yang memecahkan kitaran gasar kemiskinan.
- Tiada pendidikan.
- Tiada kemahiran.
- Masalah kesihatan.
- Inflasi
- Usia yang menua (warga emas).
Punca ini bersifat:
- Dinamik iaitu berubah-ubah.
- Ada yang bersifat sementara, namun ada juga kekal.
- Multidimensi.
- Ada yang relatif dan ada yang mutlak.
SIKAP KITA
Dunia hampir tidak pernah gagal menyalahkan golongan miskin dan fakir, bahkan digambarkan pula dengan imej seperti pengotor, pemalas, berminda subsidi dan sebagainya. Walaupun tidak dinafikan, memang sikap itu ada pada segelintir, tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak membantu mereka.
Sebagaimana kadangkala kita terpaksa bersabar dengan sikap si miskin, mereka juga ada ketika terpaksa bersabar dengan sikap si kaya. Bahkan, ada ketikanya sikap si kaya juga yang turut membantu mewujudkan golongan miskin seperti sikap:
Individualistik |
Langsung tidak peduli kesusahan sanak saudara, jiran tetangga atau ummah. |
Tamak menimbun harta untuk diri sendiri serta anak cucu, sedangkan tidak peduli soal zakat dan sedekah. |
|
Kapitalis |
Memerah keringat si miskin. Antaranya berkira-kira untuk membangunkan dan menyerlahkan potensi pekerja yang jatuh kategori miskin dan fakir, bahkan lebih selesa mereka kekal menjadi kuli selama-lamanya. |
Menjana keuntungan berlipat kali ganda daripada si miskin. |
|
Sikap melabel |
Sikap melabel ini sering kali juga datang bersama jelingan menghina atau kata nista. |
Kita ingin menyalahkan orang miskin kerana tidak berusaha sehabis daya untuk maju dan kaya? Sedarlah, sejarah sering kali dilakar si kaya, sambil menyalahkan si miskin. Atau mungkin kita menilai kemiskinan sambil duduk di atas kerusi empuk, bermain dengan angka dan statistik. Kita menilai kemiskinan dari sudut makro, sedangkan aspek mikro tidak boleh diabaikan begitu sahaja.
MEMBANTING TULANG
Di sebuah ibu kota serba membangun, apatah lagi negara maju, mempunyai warga yang membanting tulang tetapi masih tidak mampu memenuhi keperluan asas, sangat memalukan.
Itulah antara realiti pahit yang perlu ditelan!
Ya, untuk menyalahkan sangat mudah. Untuk membantu dan mencari solusi, itulah baru kerja hakiki. Mengikut laporan yang dilakukan UNICEF berkenaan kanak-kanak pinggiran, 9 daripada 10 ketua keluarga dalam kajian tersebut bekerja. Ini bermaksud, mereka bukan pemalas atau sekadar menadah tangan mengharapkan bantuan.
Ironinya, mereka bekerja kuat dengan kadar bayaran yang lebih rendah.
Jika pendapatan isi rumah di bawah RM3500 pun sudah dianggap miskin bandar, apatah lagi pendapatan isi rumah sekitar RM1050 sebulan.
KEPERLUAN ASAS
Sebelum kita berbicara tentang teori hierarki Maslow, Islam sudah mempunyai tiga takah keperluan manusia seperti berikut:
- Daruriyyat (keperluan primer). Ini keperluan asas dan kritikal untuk kelangsungan hidup.
Contoh: Makanan, pakaian dan kediaman.
- Hajiyyat (keperluan sekunder). Keperluan ini membantu memudahkan pelbagai urusan hidup.
Contoh: Kereta, peralatan dalam rumah, kesihatan dan sebagainya.
- Tahsiniyyat (keperluan tertier). Keperluan ini hanya mampu dipenuhi oleh mereka yang mampu memenuhi keperluan sekunder.
Seandainya kita berada di tahap keperluan primer sudah penuh dan melimpah pula kepada keperluan sekunder, maka kita sudah boleh membantu golongan yang keperluan primer pun tidak cukup.
Jadi, kita tidak perlu menunggu sehingga sudah kaya baru hendak memberi, bahkan kita sepatutnya malu dengan golongan yang miskin dan fakir, tetapi masih mampu memberi.
UKUR KEMISKINAN
Bagaimana kita mengukur kemiskinan? Secara mudah, pasti kita mengukur berdasarkan aspek ekonomi atau kedudukan kewangan seseorang individu atau sesebuah keluarga. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ada standard yang biasa digunakan bagi mengukur kemiskinan.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.