Sembang akidah bersama dua orang puteri kecil; Hanan dan Iman pada malam itu menghuraikan perbezaan asal usul kejadian nabi, malaikat, jin dan syaitan.
“Nabi ialah manusia biasa seperti kita. Asal daripada tanah, walaupun kita berada dalam rahim ibu.” Begitulah antara potongan dialog penting yang dibualkan.
Hanan :Hmm, habis tu… Siapa jadikan Allah? Allah jadi daripada apa?
Iman :Eh! kita tak tahukan, Ummi. Nak jumpa Allah mesti mati dulu, masuk syurga baru boleh jumpa Allahkan?
Ummi :Subhanallah. Allah tak sama dengan kita. Selamanya Allah tak akan sama dengan
kita. Kalau kita dijadikan, Allah tak perlu sesiapa untuk jadikan Dia. Kalau kita ada ibu dan ayah, Allah…
Hanan & Iman :Allah tak ada ibu ayah!
Ummi :Ya. Kalau kita ada tangan, Allah tak sama. Kalau kita perlu makan, Allah tak sama. Kalau kita sakit, tidur, Allah tak sama. Allah hebat. Allah tak perlu apa yang kita ada. Allah tak sama dengan kita. Sebab semuanya yang kita ada Allah yang jadikan. Kita pun tak mampu fikir macam mana Allah boleh ada. Sebab kita tak ada power untuk fikir semua benda. Sama juga macam kita tak boleh nampak semua benda. Boleh Hanan dan Iman nampak apa yang ada dalam dinding tu? Tak boleh kan? Tapi walaupun tak ada sesiapa yang jadikan Allah, Allah ada tak?
Hanan & Iman :Ada!
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.