Ironi sungguh, sehebat-hebat solat, sikap manusia pula sebaliknya. Sikap Muslim terhadap solat kelihatan begitu tidak setara dengan kedudukan, kelebihan dan kepentingan solat. Jauh panggang dari api.
Kelebihan dan keistimewaan solat jika ingin dibicarakan, mungkin tidak cukup halaman majalah Solusi ini untuk menukilkannya. Bermula dari kelebihan dan kedudukan istimewa solat dalam al-Quran, hadis, kata-kata dan pengalaman sahabat serta golongan soleh, termasuk juga kelebihan solat dari perspektif sains.
Sebahagian daripada keistimewaan solat ini boleh dibaca di halaman 51 majalah Solusi ini.
Pun begitu, kadangkala sikap kita terhadap taharah, niat, takbiratulihram, kiam, rukuk dan sujud, khusyuk, bacaan dan zikir dalam solat, apatah lagi batasan waktu menunaikan solat menunjukkan seolah-olah solat itu tidak penting dan perkara sampingan.
Bawa Dunia ke dalam Solat?
Buktinya, tidur lena dinihari kadangkala menang mengalahkan solat dua rakaat. Melancong ke sana sini kadangkala lebih mengujakan berbanding solat yang sekadar perlu berada setempat. Bahkan solat sering dilengah oleh sedikit sahaja keinginan badan untuk bersantai.
Ironi sungguh, solat dikalahkan di dunia oleh keinginan duniawi dan nafsu. Bahkan lebih memburukkan keadaan, semasa sedang solat pun minda masih ligat mengintai pelbagai urusan dunia.
Astaghfirullah…
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.