April 27, 2025
Fokus SOLUSI

Solat: Perjuangan Sepanjang Hayat

Salah satu tanda kita mengambil berat tentang solat dan tidak menganggap solat sebagai suruhan yang berat, kita menganggap solat itu perjuangan seumur hidup. Solat tidak boleh dibiarkan menjadi ibadah rutin yang langsai tanpa sebarang rasa dan tanpa sedar.

Budaya solat asal siap ini perlu dihapuskan. Solat perlu selesai dengan cukup sempurna, dalam keadaan kita sedar setiap gerak geri dan bacaan yang disebut serta ada rasa; iaitu rasa takut kepada Allah dan rasa berharap kepada-Nya.

Ini kerana solat adalah amalan utama yang akan dipersembahkan kepada Allah dan berada pada ranking pertama amalan yang akan dihisab.

 

Erti Perjuangan

Apa erti solat itu satu perjuangan? Perjuangan sebenarnya begitu sinonim dengan menempuh apa jua kesusahan, berdaya tahan walau ada halangan, tidak pernah berputus asa dan melakukan sehabis baik (tekun).

Solat perlu menjadi perjuangan yang bersifat individual. Maksudnya perjuangan yang dikira berasingan solat demi solat. Lebih tepat, setiap waktu solat perlu menjadi perjuangan yang dititikberatkan.

Berjaya mendirikan dan memelihara solat, insya-Allah berjaya jugalah hidup kita kelak.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?