December 11, 2024
Sirah & Kisah UMUM

Strategi Dakwah Nabi kepada Kabilah Luar

“Wahai manusia, sesungguhnya Allah Azzawajalla memerintahkan kamu semua untuk menyembah-Nya dan janganlah kamu semua menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun!”

Demikianlah seruan Baginda Rasulullah s.a.w. ke sana ke mari menemui orang ramai di penginapan mereka di Mina. Ketika itu, Baginda masih belum berhijrah ke Madinah lagi.

“Dia menyuruh kamu semua meninggalkan agama nenek moyang kamu! Sesungguhnya dia ini si murtad yang pembohong! Dia mahu kamu semua meninggalkan tuhan-tuhan kamu! Dia mahu kamu semua tinggalkan al-Lata dan al-Uzza!” Kedengaran satu suara lain menyahut dari belakang. Suara seorang lelaki yang sedang mengekori Baginda s.a.w.

“Siapakah lelaki itu?” soal orang ramai.

“Dia Abu Lahab, bapa saudara Muhammad.” (Riwayat Ahmad)

 

Luaskan Medan Dakwahmu!

Nabi Muhammad s.a.w. terus komited dengan usaha dakwahnya sungguhpun ditentang habis-habisan oleh bapa saudaranya sendiri. Memandangkan dakwah Baginda ditolak oleh ahli keluarga sendiri, Baginda tidak berputus asa, dicuba pula berdakwah kepada kabilah-kabilah luar yang berkunjung ke Makkah khususnya di pasar-pasar utama di kota Makkah seperti pasar ‘Ukaz. Begitu juga ketika musim haji, Nabi akan ke Mina. Siapa tahu, mungkin ada yang sudi menyahut seruan Ilahi itu.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?