Dalam memberikan tindak balas terhadap isu Nabi dihina, kita tidak mahu menjadi kurang kerat, rengkuh yang lebih. Bermaksud, usaha tidak seberapa, cakap sahaja yang lebih. Ini sikap biasa sebahagian daripada umat Islam. Kita nyatakan bantahan secara lisan atau tulisan, namun sikap dan tingkat laku kita masih sama. Tidak ke mana-mana.
Namun sikap yang sepatutnya dibawa ialah sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau. Maksudnya, melakukan satu pekerjaan, namun dua tiga maksud tercapai.
Bagaimana?
Apabila timbul sahaja isu Nabi dihina, maka kita perlu bertindak proaktif. Apa-apa sahaja langkah yang kita ambil, perlulah dipandu ilmu dan kebijaksanaan. Jadi, kita perlu:
- Tahu dan faham situasi yang berlaku.
- Rasional dalam memberi reaksi kepada situasi yang berlaku.
- Bijak mencari solusi yang benar-benar menyelesaikan situasi dan isu.
Ya, reaksi kita terhadap situasi dengan mencari solusi yang tepat itu sangat signifikan. Kenapa kita tidak membicarakan tentang penghina Nabi di sini dan mengecam mereka? Ini kerana ini
LANGKAH TEGAS |
Jika ada sahaja penghinaan terhadap Nabi, dalam konteks Malaysia, maka kita boleh buat laporan polis. Ini kerana kita mempunyai saluran undang-undang yang boleh mendakwa penghina Nabi atau Islam. Antaranya, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Kita tiada hak dari segi undang-undang untuk menghukum penghina Nabi. Jadi serahkan kepada pihak yang berkuasa. |
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.