“Hidup ini, jangan ikut logik akal sahaja. Sebagai Muslim, kita seharusnya meletakkan wahyu dan syariat paling atas. Allah sudah beri panduan, jangan pandai-pandai kita mahu pertikai.”
“Tetapi, bukankah wahyu dan syariat Islam memang senada dengan fitrah dan logik akal manusia? Misalnya tuntutan untuk berpuasa. Ia terkandung dalam rukun Islam, bahkan kajian sains pula membuktikan kepentingannya!”
“Pembuktian kajian sains hanyalah bonus sahaja untuk menambah keteguhan iman. Tetapi kita beriman kepada semua syariat itu bukan kerana hasil kajian sains. Sebaliknya kerana wahyu. Cuba kamu jawab, antara solat dan puasa, mana lebih penting?”
“Sudah tentu solat! Tanpa solat, semua amalan lain tergantung begitu sahaja.”
“Baik, kalau solat lebih penting daripada puasa, kenapa perempuan haid perlu gantikan puasa, tetapi tidak perlu gantikan solat? Kalau ikut logik akal, bukankah solat lebih penting untuk diganti?”
Perbincangan terhenti dengan soalan yang cukup menyentak minda. Rumusannya, satu. Di sebalik semua kepentingan logik akal dan pembuktian, ada sesuatu yang mengatasinya. Wahyu.
Kalam Allah, sama ada yang berbentuk larangan atau perintah mesti diikuti. Dalam isu ini, tiada kompromi!
Trend Backpackers
Saya benar-benar risau tentang hobinya ini. Merantau jauh ke luar negara seorang diri. Seronok jadi backpacker, katanya.
“Musafir itu tak salah, tetapi cara kau itu yang kurang betul. Kau seorang perempuan. Sepatutnya kau bawa mahram atau paling tidak sekalipun, kau mesti bersama kawan-kawan perempuan lain.”
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now