Allah berfirman: Maksudnya: “Kemudian Kami tepati janji kepada mereka, lalu Kami selamatkan mereka dan sesiapa yang Kami kehendaki, dan Kami binasakan orang yang melampaui batas.” (Surah al-Anbiya’ 21: 9) |
Menjadi nabi dan rasul bukanlah tugas yang mudah. Lihat sahaja Rasul Ulul Azmi yang diuji begitu hebat. Bahkan kalau mengikut takah, memang rasul dan nabi yang diuji paling teruk.
Mus‘ab bin Sa‘ad daripada ayahnya Sa‘ad bin Abu Waqqas bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling hebat cubaannya?”
Baginda menjawab: “Para Nabi, kemudian kalangan selanjutnya (yang lebih utama) dan selanjutnya. Seorang hamba akan diuji sesuai mengikut kadar agamanya (keimanannya). Jika keimanannya kuat, maka ujiannya pun semakin berat. Jika keimanannya lemah, maka ia akan diuji sesuai dengan kadarnya imannya. Tidaklah ujian ini akan diangkat daripada seorang hamba sehingga Allah membiarkan mereka berjalan di muka bumi tanpa dosa.”
Pun begitu, di sebalik semua ujian dan pelbagai halangan dakwah yang dihadapi, Allah berjanji bahawa akhirnya pihak yang benar dan memperjuangkan akidah yang esa jua yang akan menang.
Janji yang Allah maksudkan dalam ayat ini menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam Tafsir al-Munir meliputi:
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.