October 1, 2023
Tentang Hati UMUM

Suntikan Cinta

Saya ikuti saja perkembangan cerita bakti guru muda itu di media sosial. Siang atau malam mengagihkan itu dan ini menggunakan dana sumbangan masyarakat. Saya senyum. Saya bangga.

Meskipun ada sesetengah orang salah faham dan menuduhnya tunjuk bagus, saya pula faham bahawa apa yang ditunjukkan itu memang bagus. Kalau dia tak tunjukkan contoh, macam mana orang lain nak terinspirasi? Macam mana orang nak terus salurkan dana sumbangan lagi dan lagi?

Begitu juga kisah seorang penulis dakwah yang antara fokus perjuangannya adalah untuk mengajak masyarakat memakmurkan rumah Allah. Selalu beliau muat naik status ajak ke masjid solat berjemaah. Selalu beliau tunjuk suasana di masjid. Selalu beliau kongsikan perjuangannya untuk solat berjemaah di masjid.

Cabaran Berjuang Lakukan Kebaikan

Setiap orang ada perjuangan masing-masing. Ada gaya pemikiran dan stail tindakan masing-masing. Ada orang berjuang diam-diam. Tangan kanan memberi, tangan kiri pun tidak tahu. Ada orang berjuang, dia tunjukkan. Dia mahu orang lain ambil semangat untuk turut sama lakukan.

Kita hidup sebagai khalifah, ada dua tugas utama dalam hubungan sesama manusia.

Amar makruf dan nahi mungkar. Sudah tentu yang sukar adalah usaha nahi mungkar. Kita mungkin berdepan dengan permusuhan. Orang tidak suka. Orang marah.

Tetapi, usaha amar makruf pun sukar juga. Terpaksa berdepan dengan tohmahan. Ada yang kata menunjuk-nunjuk, ada yang tuduh riyak, tidak ikhlas dan sebagainya. Kadangkala kita sendiri boleh jadi keliru! Betulkah kita begitu?

Haih, kita pun takut juga kalau buat baik, tetapi tak dapat pahala. Kita pun tidak mahu buat kerja yang sia-sia!

“Jadi, macam mana ya, Bonda Nor? Nak sorok atau nak tunjuk?”

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?