Pada saat kita menyangkal dan memberi label mitos kepada konotasi “Melayu pemalas”, kita tidak perlu mendabik dada dan berasa selesa. Untuk berjaya susah. Namun untuk mengekalkan kejayaan jauh lebih payah. Apatah lagi apa-apa sahaja kegemilangan dan tamadun pasti ada tarikh luputnya.
Jadi, survival bangsa Melayu pada masa akan datang ditentukan oleh usaha kita pada hari ini. Berjaya mengecap kejayaan sepatutnya membuahkan rasa ketagih untuk berjaya dan meningkatkan semangat juang.
Justeru, apa sebenarnya yang bangsa Melayu perlukan untuk terus berdaya saing pada masa depan?
1. Akhlak dan Etika
Kita sering kagum dan takjub saat menyaksikan pelbagai video tular berkenaan kebaikan yang dilakukan oleh sesiapa sahaja. Kita boleh menonton kebaikan dalam keadaan mulut terlopong dan mata tidak berkedip.
Itu baru sedikit.
Beberapa minit sahaja menonton kebaikan orang sudah menjentik hati kita, bagaimana pula para sahabat yang bergaul bersama Rasulullah setiap masa dan ketika? Terus mereka jatuh hati sehingga sanggup menukar agama. Bahkan sanggup menggadaikan nyawa!
Akhlak dan kebaikan selama-lamanya sentiasa relevan. Uniknya akhlak, ia tidak menetapkan ciri lain selain kebaikan untuk ditonjolkan. Maksudnya, kebaikan boleh berdiri sendiri tanpa perlu dipangku oleh kekayaan, rupa paras yang indah, pangkat, tahap keilmuan dan sebagainya.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.