January 13, 2025
Sirah & Kisah UMUM

Tahun Berduka, Perginya Abu Talib

Usia Abu Talib sudah melebihi 80 tahun. Dia masih tetap menjadi pelindung kepada anak saudaranya; Rasulullah s.a.w. Namun kini tubuhnya semakin dimamah usia. Kesihatan juga semakin merosot. Lebih-lebih lagi apabila kebelakangan ini dia terpaksa berhadapan pelbagai perkara berat, terutamanya pemboikotan terhadap keluarganya.

Rasulullah menziarahi bapa saudaranya itu ketika beliau nazak. Sampai sahaja di rumah Abu Talib, Baginda dapati Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayyah bin al-Mughirah turut berada di sisinya.

“Wahai pak cik, ucaplah lailahaillallah, kalimah yang akan menjadi saksi bagi pak cik di hadapan Allah nanti.”

Namun Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayyah mencelah, “Wahai Abu Talib, adakah kamu mahu berpaling daripada agama Abdul Muttalib?”

Rasulullah terus memujuk bapa saudaranya itu agar melafazkan kalimah syahadah. Baginda mengulang-ulang kalimah tersebut kepadanya.

“Kalaulah tidak kerana aku takut Quraisy akan mencelaku dengan mengatakan, ‘Dia melakukannya kerana sedang berhadapan dengan kematian,’ sudah tentu aku akan menyejukkan matamu (dengan melafazkan kalimah syahadah ini)…” ujar Abu Talib.

 

Kaca Menikam Lara

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?