Tak pernah saya bermimpi untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram bagi menunaikan haji seawal ini. Namun, itulah rahsia yang terkandung pada sifat iradat bagi Allah s.w.t. Semuanya bermula dengan satu pertanyaan daripada Sohibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri kepada saya, “Anta nak pergi haji?”
Dengan persediaan yang ala kadar memandangkan tempoh penerbangan tinggal 1 minggu, namun alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t.
Saat Saudi Airlines melalui miqat Qarnul Manazil, kami mula memasang niat. Lafaz talbiah mula bergema memenuhi pesawat. Entah bagaimana, tiba-tiba datang 1001 rasa yang tidak tergambar saat turut sama melafazkan bait-bait keramat sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now