Kita biasa dengan simulasi haji di bawah kelolaan kursus haji. Ada replika Kaabah dan kita bertawaf olok-olok supaya nanti tidak kekok. Hatta kanak-kanak di pusat asuhan kanak-kanak atau prasekolah pun sudah sering terlibat dengan simulasi haji si cilik.
Simulasi haji ini sangat membantu untuk kita mendapatkan gambaran sewaktu menunaikan haji kelak. Sekurang-kurang, sesi amali tersebut memberi gambaran visual tentang kerja haji sebenar.
Namun sebelum menunaikan haji, walaupun entah bila giliran kita untuk menunaikan haji akan tiba? Kita sudah boleh serapkan falsafah haji dalam kehidupan seharian. Ia ibarat simulasi atau roh haji yang kita serap dalam kehidupan harian sebelum kita benar-benar ke Baitullah menunaikan haji.
1. Hadap Pemilik Kaabah Sewaktu solat, bayangkan seolah-olah benar-benar berdiri di hadapan Pemilik Kaabah. Namun ketika itu, kiam, rukuk dan sujud dengan rasa penuh kehambaan sambil membesarkan dan mengagungkan Allah. Ya, bukan Kaabah yang kita agungkan, sebaliknya pemilik Kaabah. |
2. Erti Perjuangan Sewaktu bersusah payah dalam apa-apa jua urusan kehidupan seharian, ingatlah bahawa ibu Nabi Ismail; Hajar juga bersusah-susah dengan berlari-lari dari bukit Safa ke Marwah berulang alik sebanyak tujuh kali. Jadi, susah bukan sekali, boleh jadi tujuh kali, barulah beroleh kesenangan. |
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.