February 15, 2025
Sirah & Kisah UMUM

Tatkala melihat bekas alas tidur Rasulullah di badannya, Abdullah bin Mas’ud menitiskan air matanya. Lihat apa jawapan Baginda…

Baginda Rasulullah s.a.w. merupakan seorang rasul dan juga pemimpin negara Islam Madinah. Sungguhpun begitu, Baginda sangat zuhud dan tidak bermegah-megah dengan kemewahan dunia.

Suatu hari, Abdullah bin Mas‘ud r.a. berkunjung ke rumah Nabi s.a.w. Beliau mendapati Baginda sedang berada di dalam biliknya yang bagaikan seperti sebuah sarang burung merpati sahaja. Ketika itu Baginda sedang tidur di atas suatu hamparan tikar.

Tatkala tersedar dari tidur, Baginda melihat Abdullah bin Mas‘ud sedang mengalirkan air matanya.

Rasulullah bertanya: “Apakah yang membuatkan kamu bersedih, wahai Abdullah?”

Abdullah bin Mas‘ud menjawab: “Wahai Rasulullah, Kisra (pemerintah Parsi) dan Qaisar (pemerintah Rom) kedua-duanya tidur di atas hamparan tilam dan sutera yang lembut, tetapi tuan hanya tidur di atas hamparan tikar ini sahaja! Malah sehingga meninggalkan kesan pada badan tuan.”

Rasulullah kemudian menenangkan gundah di hati Abdullah bin Mas‘ud dengan katanya: “Janganlah bersedih, wahai Abdullah. Sesungguhnya bagi mereka segala kemewahan di dunia ini dan bagi kita hanyalah kebahagiaan di akhirat nanti. Perumpamaan saya dengan dunia ini hanyalah bagaikan seorang pengembara yang tidur sebentar di bawah sebatang pokok. Kemudian selepas itu akan bergerak meninggalkannya.”

 

Rujukan: Al-Jami’ li Syu’ab al-Iman, Imam al-Baihaqi dan Wasail al-Wusul ila Syama’il al-Rasul, Syeikh Yusuf al-Nabhani.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?