Al-Quran sememangnya kitab yang besar manfaatnya. Manfaat itu melangkaui sempadan masa dan geografi. Namun aneh, tidak semua mampu mengambil manfaat daripada sebuah kitab agung ini.
Justeru, masih ramai yang mampu memandang, namun masih tidak menyentuh al-Quran. Masih ramai yang hanya mampu memegang, namun mungkin tidak membacanya. Mungkin ramai yang sudah membaca, namun belum memahami. Atau sudah memahami isi kandungan, namun jauh pula hendak beramal.
Manfaat al-Quran itu tidak terhitung (unaccountable). Dari dunia lagi ia membantu, hinggalah jejak kita ke akhirat kelak. Jadi, kita kena pastikan ada manfaat yang kita mampu kutip daripada al-Quran ini. Dan ia bermula dengan usaha daripada diri kita sendiri.
1. Bukan Ekslusif
Al-Quran bukan ekslusif. Tidak! Isi kandungan dan ajaran yang dibawa itu milik universal. Sesiapa sahaja boleh membaca, gali dan kaji isi kandungan al-Quran. Jangan kita hadkan al-Quran sebagai kitab yang hanya layak dibaca oleh si alim, mampu difahami oleh penutur bahasa Arab sahaja atau hanya cendekiawan yang boleh tadabbur isinya.
Kita ingin bawa al-Quran ini masuk ke dalam seluruh aspek hidup kita. Hidup beragama, berumah tangga, berkerjaya, bernegara dan pelbagai lagi urusan. Jadi, al-Quran ini tidak terikat kepada ruang lingkup bilik atau rumah kita. Al-Quran boleh dibawa keluar daripada tembok empat penjuru dinding. Ia boleh dibaca di mana-mana dan tidak terhad kepada hukum-hakam syariah semata-mata.
Secara ringkas, al-Quran itu:
i. Bukan milik peribadi, tetapi milik awam, termasuk keluarga dan masyarakat secara umum juga.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.