June 22, 2024
KEKELUARGAAN Remaja

Tenang-Tenanglah All Is Well

Manusia normal akan berdepan dengan ribuan masalah setiap hari. Oleh itu, hadapinya dengan wajar serta belajar cara untuk mengatasinya. Ini kerana ia proses kematangan dalam kehidupan manusia. Bukannya mengeluh dan berputus asa, apatah lagi lari daripadanya.

Percayalah masalah akan sentiasa mengekori kita. Pastinya, masalah tidak akan selesai sampai bila-bila. Namun, ujian dan cabaran bukanlah sengaja diada-adakan. Segala-galanya pasti ada tujuan. Maka, apakah tujuannya?

 

  1. Ujian Iman

Kadangkala diberikan kelapangan dan kesempitan dalam kehidupan supaya kita sentiasa bersyukur dan berusaha. Tanpa ujian, kita tidak dapat memastikan tahap prestasi iman kita.

            Sebab itu Allah mengingatkan kita: “Dia yang menciptakan kematian dan kehidupan kerana ingin menguji kamu semua, siapakah yang lebih baik amalnya.” (Surah al-Mulk 67: 2)

Dengan ujian dan tekanan, barulah terbukti prestasi iman kita. Yang pasti, ujian itulah yang membuatkan iman menjadi lebih kental dan teguh.

 

  1. Keampunan

Masalah, ujian dan kesempitan hidup yang dihadapi ini tidak lain hanyalah suatu nikmat daripada Allah juga. Masakan tidak, kata Nabi:

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?