Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnad Ahmad bin Hanbal daripada Anas bin Malik bahawa penduduk Makkah meminta sebuah tanda kenabian daripada Nabi s.a.w., maka bulan terbelah dua.
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Qatadah, daripada Anas bahawa penduduk Makkah meminta kepada Rasulullah s.a.w. agar menunjukkan mukjizat kepada mereka, maka Baginda menunjukkan bulan yang terbelah menjadi dua sehingga mereka melihat gunung Hira’ di antara kedua-duanya.
Bukti kebenaran hal ini adalah firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Saat (berlakunya kiamat) telah dekat dan bulan pun terbelah. Jika mereka( kaum musyrikin Makkah) melihat suatu mukjizat, mereka berkata inilah sihir yang berterusan. (Surah al-Qamar 53: 1-2)
Suatu hari Huzaifah bin al-Yaman berkhutbah di Mada’in, setelah memuji Allah dan menyanjung-Nya, dia berkata:
Saat (berlakunya kiamat) telah dekat dan bulan pun terbelah. Ketahuilah bahawa dunia telah mengisyaratkan untuk berpisah. Ketahuilah juga bahawa hari ini adalah hari persiapan dan hari esok adalah hari penentuan (kiamat).
Imam Ahmad meriwayatkan daripada Ibn Mas‘ud, dia berkata, “Bulan terbelah pada zaman Rasulullah s.a.w. sehingga kaum musyrikin melihatnya, maka Rasulullah bersabda, “Lihatlah.” Maka kaum musyrikin berkata, “Ini adalah sihir Ibn Abu Kabsyah.”
Mereka berkata, “Kita akan bertanya kepada penduduk di luar Makkah.” Maka mereka pun berkata pada malam itu mereka memang melihat bulan terbelah menjadi dua.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now