Bayangkan pada suatu hari, kita sedang bermusafir nun jauh ke negera orang. Kemudian terserempak dengan situasi yang menyaksikan ada satu sosok individu yang kelihatan ternama dan mempunyai kedudukan.
Suasana ketika itu dipenuhi dengan jurugambar dan wartawan yang seolah-olah berebut-rebut mendapatkan gambar dengan gaya terbaik. Individu tersebut tidak jalan sendirian. Beliau diiring beberapa orang yang lagaknya seperti pegawai keselamatan. Masing-masing bersuit hitam kemas, berkata mata dan ada alat komunikasi jarak jauh dipasang pada sisi telinganya.
Individu ternama itu kelihatan berjalan di atas karpet merah yang sudah sedia dibentangkan. Pakaiannya kelihatan mahal dan mewah. Gaya jalannya ada karisma dan ada ciri kepimpinan.
Menyaksikan suasana sedemikian ketika itu pasti akan menerbitkan rasa ingin tahu, siapakan gerangannya lelaki tersebut? Pemimpin negarakah? Atau raja yangberdaulat?
Ini normal. Ingin mengenali seseorang yang ternama dan kelihatan hebat memang normal. Sama juga dengan rasa ingin kenal Allah. Allah adalah Tuhan Yang Maha Hebat. Kehebatan itu tidak dikongsi dengan “tuhan” yang lain. Semua kehebatan itu milik tunggal dan mutlak Allah!
Apatah lagi Allah jauh lebih hebat daripada mana-mana manusia yang kita kagumi sekalipun.