“Kami keluar untuk menunaikan haji. Rasulullah telah berjanji untuk bertemu dengan kami di Aqabah pada pertengahan hari-hari Tasyrik nanti,” Ka‘ab bin Malik r.a. mula menceritakan tentang detik bersejarah itu.
“Pada malam yang dijanjikan, Abdullah bin Amru iaitu ayah kepada Jabir r.a. ada bersama kami. Beliau merupakan salah seorang daripada ketua kami. Kami mengajaknya bersama. Sedangkan kami menyembunyikan urusan kami ini daripada orang musyrik yang lain,” sambung Ka‘ab lagi.
“Wahai Abu Jabir, kamu merupakan salah seorang daripada ketua kami. Kamu juga merupakan orang yang mulia dalam kalangan kami. Kami ingin memberi peringatan kepada kamu. Sekiranya kamu terus berpegang dengan pegangan kamu sekarang, nanti kamu akan menjadi bahan bakar api neraka.”
Demikian mereka cuba berdakwah kepada ketua yang disayangi. Hasilnya, beliau bersetuju untuk bersama-sama dengan mereka!
Baiah Diatur Penuh Strategi
Baiah Aqabah Kedua atau Perjanjian Aqabah Kedua diatur dalam suasana yang begitu strategik:
1 | Keluar Waktu Malam
Malam itu, mereka tidur di tempat penginapan seperti biasa. Setelah berlalu satu pertiga malam, barulah mereka bangun, bergegas untuk menemui Rasulullah s.a.w. Ia merupakan waktu yang amat sesuai. Saat begini, kebanyakan insan lain sudah lena dibuai mimpi. |
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.