Kami rancak bercerita tentang kejayaan Seminar Penulisan Mega Bonda Nor yang baru berakhir. Gilang-gemilang! Ia merupakan seminar penulisan dakwah santai terbesar di Malaysia dengan penyertaan hampir seramai 350 orang. Pendaftaran terpaksa ditutup dalam masa 5 hari sahaja dek sambutan yang luar biasa.
Terlalu banyak komen positif para peserta yang dimuat naik ke media sosial menyatakan keterujaan masing-masing.
“Tapi Bonda tahu tak? Ada macam-macam cerita juga di belakang tabir. Pening kami di bahagian pendaftaran ini mahu mengurusnya,” Cik Pae membocorkan cerita.
Saya mendengar satu persatu ceritanya sambil ketawa. Memang lucu. Namun begitulah, bila dah ramai-ramai, pasti ada-ada saja yang buat perangai!
“Cik Pae, kita kena bersyukur. Itulah the spoiler!” ujar saya, menerbitkan kerut di dahinya.
“The spoiler? Ya Allah, apa tu, Bonda?”
Kerana Satu Perkataan
Saya menjawab persoalan Cik Pae dengan membawakan dua kisah yang pernah berlaku dalam beberapa majlis pelancaran buku-buku saya yang terdahulu. Antaranya, majlis pelancaran tiga buah buku dari siri Antologi Inspirasi Da’i di UKM.
“Cik Pae tahu tak, saya jarang bersedia jika perlu berucap atau menjadi panelis forum. Biasanya saya akan bercakap secara spontan. Tapi disebabkan pada hari pelancaran itu ada Sifu Faizul yang pernah mengajar saya teknik berceramah, maka saya buat sedikit persediaan.”
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now