March 29, 2024
Akidah WAHYU

Tidak Ada Zuriat

Maha Suci Allah daripada menyerupai makhluk. Salah satu ciri betapa Allah tidak menyerupai makhluk ialah Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan. Bayangkan kita sebagai manusia, jika tiada zuriat pasti sedih bukan kepalang. Binatang pula, jika tidak berkembang biak, pasti akan pupus.

Hatta seorang raja pun memerlukan putera mahkota bagi mewarisi takhta kekuasaannya!

Namun Allah tidak begitu. Yang memerlukan anak dan zuriat keturunan itu ialah makhluk. Ini kerana makhluk sifatnya tidak hidup selama-lamanya, jadi memerlukan zuriat keturunan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Manusia misalnya, tanpa zuriat pasti resah. Siapa yang akan mewarisi harta pusaka? Siapa yang akan menjaganya apabila sudah uzur ketika menua kelak? Siapa yang akan menyambung salasilah keturunan?

Lain halnya dengan Allah, kesemua persoalan itu tidak perlu dijawab atau difikirkan oleh-Nya. Allah itu kekal, tiada permulaan hidup dan tiada akhirnya. Allah tidak memerlukan anak untuk meneruskan kekuasaan-Nya.

Sebab itulah Allah menegaskan:

Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. (Surah al-Ikhlas 112: 3)

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?