October 1, 2023
Sirah & Kisah UMUM

Tidur Cara Nabi

Setiap aspek hidup Rasulullah s.a.w. menjadi ikutan dan teladan. Sebelum kita berdepan dengan zaman yang tular dengan bermacam perkara termasuk perkara yang tidak bermanfaat, cara tidur Baginda juga sudah tular sejak zaman-berzaman.

Diriwayatkan daripada al-Barra’ bin Azib, beliau menceritakan: “Nabi s.a.w. apabila berada di perbaringan iaitu ketika hendak tidur, Baginda meletakkan tapak tangan kanan di bawah pipi kanan. Kemudian Baginda membaca doa:

‘Wahai Tuhanku, selamatkan daripada azab-Mu pada hari Engkau membangkitkan sekalian hamba-Mu.’” (Riwayat al-Tirmizi)

Doa yang disebut Nabi adalah tentang hari kebangkitan. Mengapa? Apa kaitan antara tidur dan hari kebangkitan? Kita bangun daripada tidur ibarat kita bangun dari kubur nanti.

Apabila kita dibangunkan dari kubur di akhirat, tiada yang lebih berharga bagi kita melebihi keselamatan daripada azab Allah di dalam neraka. Maka seharusnya kita mengambil iktibar daripada rutin tidur dan bangun yang kita alami seharian untuk mengingatkan kita kehidupan selepas mati dan akhirat nanti.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?