December 9, 2023
Sirah & Kisah UMUM

Tika Anak Perempuan yang Ditanam Ditanya…

Allah berfirman: “Dan apabila bayi perempuan yang ditanam disoal. Kerana dosa apakah dia dibunuh?” (Surah al-Takwir 81: 8-9)

Perkataa الموءودة pada asalnya bermakna yang ditanam atau dikuburkan. Namun dalam ayat ini, ia merujuk kepada anak-anak perempuan yang ditanam hidup-hidup. Tanah dikambus ke atas mereka sehingga akhirnya mereka mati.

Siapakah agaknya yang dimaksudkan dalam ayat-ayat suci al-Quran ini? Siapakah gerangannya yang tergamak melakukan perkara kejam ini terhadap zuriatnya sendiri?

Sayidina Umar r.a. pernah menceritakan satu kisah berkaitan ayat ini. Pada suatu hari, Qays bin A‘sim telah datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah, ketika zaman Jahiliah, saya telah menanam lapan orang anak perempuan saya!”

Baginda lalu bersabda, “Merdekakan seorang hamba bagi setiap mereka.”

“Wahai Rasulullah, saya seorang yang memiliki banyak unta,” ujar Qays.

“Jadi, korbankanlah seekor unta bagi setiap mereka, jika kamu mahu,” balas baginda s.a.w. (Musannaf Abdul Razzaq)

Sebenarnya, perbuatan mengambus anak perempuan hidup-hidup ini salah satu daripada amalan keji yang diamalkan oleh masyarakat Arab jahiliah, sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?