Pernahkah kita membayangkan atau merasai pengalaman menonton perlawanan bola sepak di stadium? Bagi yang pernah merasainya sudah tentu ia merupakan satu pengalaman yang sangat mengujakan, lagi-lagi kalau itu perlawanan akhir.
Dalam coretan terakhir saya di dalam Majalah Solusi ini, suka saya untuk membawakan satu kupasan berkaitan analogi yang mudah untuk difahami. Analogi berkaitan isu Fokus kita kali ini iaitu ‘Jemput Masuk Syurga’. Pada saya, perjalanan untuk memasuki syurga itu umpama perjalanan untuk ke stadium menonton perlawanan bola sepak. Bagaimana?
Perlu Ada Tiketnya
Untuk memasuki stadium sudah tentu memerlukan tiket. Tiket itu pula mestilah dibeli terlebih dahulu dengan harga yang tertentu. Perbezaan harga pula memberikan perbezaan pengalaman dan lokasi tempat duduk di dalam stadium. Begitu jugalah dengan untuk memasuki syurga.
Ya, benar kita semua percaya dan yakin bahawa seseorang hamba itu akan dapat memasuki syurga bukan dengan banyaknya amalan, tetapi dengan rahmat Allah jua. Hal ini diakui oleh Rasulullah SAW sendiri menerusi hadisnya yang bermaksud: “Tidak sesekali seseorang dalam kalangan kamu semua akan memasuki syurga melalui amalannya.”
Para sahabat kemudiannya bertanya: “Tuan pun tidak juga, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Saya juga tidak dimasukkan ke dalam syurga dengan amalan saya melainkan dengan kebaikan dan rahmat daripada-Nya.” (Riwayat al-Bukhari)
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.