November 29, 2023
Mahir UMUM

Tip Cemerlang di Universiti Semasa Pandemik Covid-19

Acapkali dikatakan, “Tak apalah, dia memang pandai sebab tu dia berjaya.” Namun realitinya di universiti, bijak semata-mata tidak lagi relevan apabila kecemerlangan seseorang mahasiswa bukan sahaja di ukur dari segi prestasi akademiknya, namun secara keseluruhan. Ini bagi melahirkan modal insan yang cemerlang terutamanya dalam menghadapi cabaran pandemik Covid-19.

Kunci untuk mendapatkan kecemerlangan ialah kerajinan. Ia merujuk kepada mahasiswa yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Buktinya, sentiasa bertanya kepada pensyarah segala persoalan yang tidak difahami. Bukan itu sahaja, mahasiswa tersebut juga turut bergiat aktif dalam aktiviti-aktivti kampus dan masyarakat setempat.

Walau bagaimanapun, cabaran pandemik yang melanda kini tidak akan menjadi alasan seseorang mahasiswa untuk tidak berjaya sekiranya sikap rajin kekal dalam diri mereka.

Bagaimana Membina Sifat Rajin dalam kalangan Mahasiswa Tatkala Mendepani Cabaran Pandemik?

  1. Berfikiran Positif

Kesusahan dan cabaran yang dihadapi ketika proses pembelajaran seperti kekangan perkhidmatan Internet dan juga fasiliti akan dapat diatasi. Caranya, sentiasa berfikiran positif dan fikirkan penyelesaian yang sesuai.

  1. Sumber Inspirasi

Apabila melihat seseorang yang telah berjaya, pernahkah anda terfikir apa yang membawa dia ke tangga kejayaan? Inilah yang perlu dilakukan oleh seseorang mahasiswa iaitu jadikan orang yang berjaya sebagai inspirasi agar terus rajin berusaha walaupun ketika diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

  1. Strategi dan Disiplin Diri

Strategi perlulah diatur dengan memikirkan kaedah terbaik untuk fokus belajar di rumah secara atas talian tanpa diganggu. Ia amat penting bagi memastikan sikap malas tidak mempengaruhi seseorang mahasiswa ketika berada di rumah. Strategi yang berkesan adalah dengan bantuan disiplin diri yang kuat. Disiplin sangat penting bagi memastikan segala yang dirancang dapat dilakukan dengan baik.

  1. Memelihara Hubungan yang Baik dengan Allah

Mahasiswa perlu percaya bahawa Allah SWT yang menganugerahkan kejayaan mahupun kegagalan. Oleh yang demikian, perlulah sentiasa bersyukur dengan segala ketentuan yang diberikan dalam menjaga hubungan yang baik dengan-Nya. Antara cara lain yang boleh dilakukan seperti mengamalkan amalan-amalan sunat dengan bersedekah dan mendirikan solat malam.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?