October 1, 2023
Tentang Hati UMUM

Titik Tengah Persangkaan

Sewaktu mengendalikan satu program, saya terpaku melihat seorang guru wanita cuba menenangkan amukan seorang kanak-kanak lelaki berbangsa Cina. Anak kecil itu tidak fasih berbahasa Melayu, jadi gurunya itu bercakap dengannya menggunakan bahasa Mandarin.

“Pandainya Kak Tee cakap Mandarin! Memang dulu belajar di sekolah Cina ya?”

“Eh tak! Kak Tee belajar sendiri saja. Hanya selalu tengok saluran NTV7. Dah tengok hari-hari, lama-lama fasih sendiri,” balasnya bersahaja.

Wah, saya semakin terpaku! Tengok televisyen pun boleh kuasai bahasa dengan baik?

Saya kagum dengan kemampuan wanita bernama Norhayati Daud itu. Kepetahannya menyebabkan beliau menjadi rebutan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina untuk menjadi penceramah dalam program-program anjuran mereka, sekali gus ini membuka ruang dakwah yang cukup besar untuk dimanfaatkan!

Subhanallah…

Adab Berkomunikasi

Demikianlah. Bahasa adalah sumber utama komunikasi. Tidak boleh tidak, ia mesti cuba dikuasai. Berdepan dengan kemampuan Puan Norhayati, saya sebenarnya malu sendiri kerana tidak pernah mengambil inisiatif untuk belajar sebarang bahasa asing.

Setiap kali berurusan dengan peniaga Cina atau India, kadang sakit hati juga apabila dengar mereka bercakap sesama mereka. Saya tahu mereka bercakap tentang urus niaga kami, tetapi apa yang mereka bincangkan itu gagal saya fahami. Antara sangka baik untuk menenangkan hati daripada bersangka buruk untuk tujuan berhati-hati, kadang sukar untuk mencari titik tengahnya.

Memang, tidak ada sesiapa pun mahu diperbodohkan, namun dalam Islam kita juga telah diajar soal persangkaan. Tidak puas hati, tetapi tetap juga tidak boleh berprasangka sesuka hati. Akhirnya, reda sajalah dengan apa-apa yang ada!

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?