Umat Islam adalah umat yang terbaik sepertimana yang difirmankan oleh Allah Taala:
Kamu (wahai umat Muhammad) ialah umat paling baik yang dilahirkan bagi umat manusia (kerana) kamu menyuruh agar melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, serta kamu beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali ‘Imran 3: 110)
Namun umat yang terbaik ini mempunyai sifat yang sangat penting yang disebut dalam ayat di atas iaitu dicipta untuk memberi manfaat kepada manusia. Manfaat ini tidak terhad kepada Muslim sahaja, bahkan termasuk juga golongan bukan Islam.
Huruf lam pada kalimah itu bererti manfaat. Seolah-olah ayat ini menyebut bahawa:
Kamu umat Islam dicipta untuk memberi manfaat dan kebahagiaan kepada orang lain, bukan dicipta untuk kepentingan peribadi, memperkayakan kaum kerabat dan hanya membantu orang terdekat sahaja, namun sebaliknya untuk memberi kebaikan kepada semua manusia.
Hidup dengan Amalan
Sekiranya kita renung surah Yasin, Allah Taala berfirman:
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang yang mati serta Kami tuliskan apa yang mereka lakukan dan segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Setiap sesuatu Kami catatkan satu persatu dalam Kitab yang nyata. (Surah Yasin 36: 12)
Ayat ini menerangkan bahawa Allah Taala menghidupkan orang yang mati. Persoalan yang saya ingin timbulkan adalah bagaimana Allah Taala menghidupkan orang mati?
Jawapannya, dengan mereka melakukan amal jariah dan kebajikan. Dengan itu, mereka hidup dengan amalan-amalan mereka. Walaupun mereka sudah tidak ada, namun kesan daripada amalan mereka itu terus wujud yang menyebabkan pahala mereka terus mengalir.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now