November 4, 2024
KEKELUARGAAN Wanita & Keluarga

Umur yang Sesuai untuk Melatih Anak Berpuasa

“Ummi, anak saya dah berusia 10 tahun, masih meragam apabila berpuasa. Ada saja alasan nak separuh harilah, nak batal puasa. Tapi apabila puasa batal, bukan makan sangat pun.”

“Masya-Allah Ummi, si adik pun baru 3 tahun lebih, tapi berjaya puasa 10 hari. Dia nekad mahu puasa sehari penuh. Dia okey saja, tapi saya pula yang kadang-kadang risau.”

Pada sisi lain, terdengar pula beberapa pendapat yang mengatakan, “Anak perlu dididik untuk solat terlebih dulu sebelum puasa.”

Tidak kiralah kita condong untuk mula melatih anak berpuasa sebelum anak lulus solat atau mahu melatih anak berpuasa sambil melatih anak solat, tanpa mengira umur, kita mempunyai persoalan yangng sama sahaja: “Bagaimana mahu bermula?”

Jadi amat molek sekiranya kita dapat perhalusi dua soalan ini.

Soalan 1: Apa yang Kita Fikir?

Sebagai mentor yang akan membimbing dan memudahkan cara bagi anak, apa yang bermain di fikiran kita? Apakah kepercayaan kita? Adakah kita cukup jelas dengan senarai sikap dan kebaikan yang kita mahu latih dan perbaiki dalam diri anak melalui puasa?

Keputusan seperti sasaran yang ingin dicapai, perancangan, pelan alternatif dan pelan jalan keluar (exit plan) untuk anak sebaiknya ditulis dan dikongsi dengan pasangan atau ahli keluarga yang tinggal bersama-sama kita supaya setiap ahli dapat berikan kerjasama.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?