Boleh sahaja kita menjadi insan biasa-biasa. Dari lahir hingga dewasa hingga menenghembuskan nafas terakhir. Boleh saja kita mengumpul harta, masa, tenaga dan kemahiran kita hanya untuk difokuskan ke dalam dunia kerjaya. Kelak beroleh kenaikan pangkat dan gaji. Hidup senang dan selesa.
Namun ada kelompok manusia yang tidak betah untuk berada bersama majoriti manusia lain di arus perdana. Belajar pandai-pandai, belajar tinggi-tinggi, kemudian melindungi diri dengan kerja yang terjamin serta gaji bulanan yang mencukupi agar hanya dapat dinikmati oleh diri dan keluarga sendiri sahaja.
Kelompok yang dimaksudkan ini ialah golongan sukarelawan. Mereka berbakti tanpa gaji, tanpa henti, tanpa peduli sama ada dipuji atau dikeji.
Mereka melaksanakan suruhan Allah ini:
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan melakukan kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. (Surah al-Nahl 16: 90)
Ikatan Emosi
Menariknya, bakti dan bantuan yang disalurkan oleh golongan sukarelawan ini tidak terhad kepada bantuan asas keperluan hidup sahaja. Bahkan lebih daripada itu. Mereka juga secara tidak langsung menyalurkan bantuan dalam bentuk sokongan emosi juga.
Sementelahan, apabila bercakap tentang hubungan sesama manusia (hablumminnas), elemen yang penting dalam mengikat hati sesama kita sebenarnya ialah melalui emosi. Seorang ibu dan anak saling menyayangi diikat dengan emosi. Seorang suami dan isteri yang saling mencintai juga diikat dengan emosi.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.