December 11, 2024
Fokus SOLUSI

Walaupun Kita Berlainan Agama…

Situasi

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada penduduk berbilang bangsa dan agama. Ada beberapa ketika, negara kita berada dalam keadaan yang agak tegang apabila berlaku konflik antara agama dan bangsa. Golongan non-Muslim dilihat semakin berani menentang Islam seperti menuntut menghapuskan agama pada kad pengenalan, menghina Rasulullah dan lain-lain.

Mungkin juga ada antara kita yang terfikir, “Adakah golongan bukan Islam sebegini boleh dikira kafir harbi?”

Islam adalah agama yang membawa keamanan. Apa tidaknya, Islam sendiri berasal daripada perkataan salam. Ertinya selamat, sejahtera, aman dan harmoni. Selamat dan sejahtera ini mencipta keamanan.

Sebelum kita mencari rasa aman, Islam sudah sediakan jalan ke sana. Sebelum kita ingin menggapai bahagia, Islam sudah melorongkan kita ke situ. Bahkan sebelum kita terpelosok ke lembah mungkar, Islam sudah sedia memberi amaran dan menarik kita menjauhinya.

Keamanan ini bukan sahaja dicipta di dunia, bahkan keamanan di akhirat juga. Islam membawa umatnya yang komited dengan cara dan gaya hidup Islam untuk merasa aman dan selamat bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat lebih-lebih lagi. Ini indahnya Islam.

Ya, Islam sudah sediakan matlamat dan kaedah mencapai matlamat tersebut. Tanpa kita perlu menempuh fasa cuba dan gagal atau tersilap (trial and error).

Acuan Tuhan

Untuk mencapai keamanan ini, ada acuannya. Kita perlu ikut acuan tersebut. Acuan itu adalah panduan Ilahi. Ia turun melalui perantaraan wahyu.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?