Ketika Nabi Muhammad s.a.w. bersama para sahabatnya berangkat pulang ke Madinah dari Hunain, tiba-tiba datang seorang lelaki bertemu Baginda di Ji‘ranah. Kebetulan di dalam baju Bilal terdapat beberapa keping wang perak.
Lalu, Rasulullah s.a.w. pun memberikan wang perak tersebut kepada orang ramai yang ada ketika itu. Melihatkan perlakuan Baginda itu, lelaki tadi tiba-tiba berkata dengan nada sinis: “Wahai Muhammad! Berlaku adillah kamu.”
Mendengar kata-kata tersebut, Nabi s.a.w. menjawab: “Celakalah kamu! Siapa lagi yang akan berlaku adil sekiranya saya sendiri tidak berlaku adil? Kamu juga sudah tentu tidak akan bernasib baik sekiranya saya tidak berlaku adil!”
Umar bin al-Khattab berasa tidak selesa dengan kata-kata lelaki itu, lalu berkata kepada Rasulullah: “Izinkan saya wahai Rasulullah untuk membunuh orang munafik ini!”
Dengan tenang, Baginda menjawab: “Sekiranya saya izinkan, orang lain akan mengatakan saya telah membunuh salah seorang sahabat saya.”
“Sesungguhnya lelaki itu serta rakan-rakannya membaca al-Quran, namun ia hanyalah tidak melebihi kerongkong mereka sahaja. Mereka kemudiannya meninggalkan al-Quran sebagai mana pantasnya anak panah mengenai sasaran.”
Rujukan: Sahih Muslim, Imam Muslim bin al-Hajjaj al-Naisaburi.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.