February 15, 2025
Fokus SOLUSI

Yakin dengan Islam

Ada satu hakikat penting yang kita perlu teliti dan telusuri. Islam ini agama terakhir. Bukan itu sahaja, bahkan asli dan tulen. Ini bermakna perkara fundamental Islam perlu kekal sebagaimana asalnya. Bezanya Islam dan agama-agama samawi yang lain, Islam mempunyai wahyu dalam bentuk al-Quran dan hadis yang tidak korup.

Itulah asas penting yang memegang hati kita semua sebagai Muslim, bahawa Islam ini agama buatan Allah, bukan buatan manusia. Islam terpelihara, dengan asas terpelihara sumber wahyu Ilahi tersebut.

Sekurang-kurang kita tahu bahawa Islam ini agama yang Allah reda. Allah berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. (Surah Ali ‘Imran 3: 19)

Alhamdulillah, kita boleh menarik nafas lega untuk tahu dan yakin bahawa memang inilah agama yang Allah iktiraf. Bahkan ia menjadi penguat untuk kita sendiri benar-benar yakin dengan agama sendiri, barulah kita mampu menyebarkan kepada Islam kepada non-Muslim.

Jika kita tidak yakin dengan produk sendiri, bagaimana kita ingin menjual dan memasarkannya? Sama juga, jika kita tidak yakin dengan agama sendiri, bagaimana kita hendak serlahkan betapa indahnya hidup berstatus Muslim dan bernafas dalam sela dan hela ibadah kepada-Nya?

Metodologi Disisih

Imam al-Syafii pun pernah mengubah ijtihadnya dalam permasalahan fiqah. Sebab itulah wujud dua ijtihad yang kadangkala berbeza iaitu qawl qadim dan qawl jadid. Namun bezanya, Imam al-Syafii berdiri atas metodologi yang kukuh.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?