Zaman penurunan wahyu merupakan era emas bagi umat Islam. Bukanlah kerana kemajuan teknologi yang canggih, tetapi kerana manusia ketika itu yang hidup bersama-sama Rasulullah.
Mereka menerima didikan langsung daripada Nabi, di samping melihat sendiri penurunan wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi.
Ajaran Islam pada zaman Nabi pastinya terpelihara daripada sebarang unsur asing yang boleh merosakkan ketulenan Islam kerana semua isu yang timbul dapat dirujuk terus kepada Rasulullah.
Namun dengan beredarnya masa, ketulenan ajaran Islam mula pudar sedikit demi sedikit. Seiring dengan berkembangnya Islam ke segenap ceruk benua, maka ajaran dan pemikiran asing juga meresap masuk dan mempengaruhi umat Islam.
Impaknya:
- Wujud kesamaran dalam kefahaman.
- Timbul kecelaruan dalam amalan.
- Perkara yang batil dan hak menjadi sukar untuk dibezakan.
- Kebenaran akan disangka palsu.
- Kebatilan pula disangka sebagai ajaran yang benar.
Anekdot
Zaman yang Penuh Kesamaran
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.