Gobook WAHYU Akidah Al-Aziz: Maha Perkasa yang Tiada Tandingan
Akidah WAHYU

Al-Aziz: Maha Perkasa yang Tiada Tandingan

Kanak-kanak sering disajikan dengan kisah adi wira seperti Superman, Batman, Spiderman atau yang sedang hangat ditayangkan di pawagam sekarang, Shazam! Dalam minda mereka tertanam keajaiban adi wira ini yang mampu terbang, mempunyai kekuatan luar biasa dan pelbagai lagi. Kita tidak menafikan keharusan berhibur selagi tidak melanggar batas syariat.

Namun anak-anak seawal usia 2-3 tahun sudah boleh dididik untuk kenal Allah. Antaranya melalui nama al-Aziz. Ibu bapa mungkin boleh memanfaatkan masa sebelum tidur untuk bercerita tentang kehebatan dan keperkasaan-Nya kepada anak-anak.

Definisi al-Aziz

Kalimah ‘aziz dan ‘izzah berasal daripada kata akar yang sama iaitu ‘azz. Maksudnya:

  • Menjadi gagah.
  • Kuat.
  • Dihormati.
  • Mengalahkan.

Sebagaimana firman-Nya:

Sebenarnya orang ini ialah saudaraku, dia mempunyai 99 ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja. Dia telah mendesakku dengan berkata, ‘Serahkanlah yang seekor itu kepadaku,’ dan dia telah mengalahkan aku dalam perdebatan itu. (Surah Sad 38: 23)

Pada nama al-Aziz itu terkandung bersamanya izzah (kemuliaan). Sifat izzah menunjukkan kesempurnaan sifat-sifat Allah s.w.t. Bahkan tiada yang menyerupainya dari segi keperkasaan dan kemuliaan kedudukan-Nya.

Manakala Lisan al-Arab pula menjelaskan, “Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia. Dialah yang mengurniakan kemuliaan kepada sesiapa yang dikehendaki dalam kalangan hamba-Nya.”

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version