Gobook WAHYU Akidah Iman Bukan Sekadar Slogan
Akidah WAHYU

Iman Bukan Sekadar Slogan

Jika dalam dunia perniagaan atau pengiklanan, slogan adalah sesuatu yang menjadi perkara yang mempunyai daya penarik untuk melariskan sesuatu produk. Semakin menarik slogan atau seni bermain katanya, produk tersebut akan semakin mendapat sambutan. Kesannya, penjualan juga turut meningkat.

Namun, jikalau “produk” itu adalah agama dan iman, apakah kedua-duanya sesuai dipadankan dengan retorik “slogan” atau sebenarnya terdapat tuntutan yang lebih berat untuk dilaksanakan?

Iman Bukan Dagangan

Iman bukanlah barangan. Iman juga bukan sesuatu yang boleh dijual beli di pasaran. Namun, hari ini manusia suka dan sewenang-wenangnya menggunakan nama iman dan agama sebagai aset penggerak keuntungan. Tidak kira yang bersifat peribadi, jemaah atau kumpulan, hinggalah sesuatu yang bersifat kebendaan duniawi.

Ibn Rusyd al-Hafid pernah berkata:

Perniagaan ‘menjual’ agama adalah sesuatu yang laris dalam kalangan masyarakat yang dalamnya tersebar kejahilan.

Kata-kata ini masih dicari keabsahan nisbahnya kepada Ibn Rusyd. Namun, jika dilihat kepada inti pati dan maksudnya, kita sendiri akan mengiyakan ungkapannya itu. Jahil itu membutakan. Jahil itu memperdayakan. Jahil itu pembunuh iman.

Apatah lagi ketika Allah SWT berfirman untuk menitipkan peringatan:

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version