Gobook KEKELUARGAAN Kesihatan Kenapa Cepat Letih?
KEKELUARGAAN Kesihatan

Kenapa Cepat Letih?

Sering kelihatan sebilangan individu yang cepat letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Buat kerja sekejap sahaja, sudah mahu berehat. Waktu rehatnya pula lebih lama daripada waktu bekerja.

Apatah lagi hal ini turut berlaku dalam kalangan anak muda. Sepatutnya anak muda mempunyai tenaga yang banyak untuk bekerja!

Situasi 1 Pelajar yang membaca buku atau mutalaah sering tersengguk-sengguk dan akhirnya tertidur. Lebih teruk lagi, segelintir pelajar yang sedang menulis kadangkala terlepas pen daripada genggaman, lalu jatuh ke lantai.
Situasi 2 Segelintir individu yang sering mengantuk ketika memandu. Tiga saat sahaja kita terlena boleh menyebabkan kereta yang dipandu hilang kawalan dan kita berdepan dengan risiko kemalangan.
Situasi 3 Apabila bercakap dengan individu yang telah berumur, dia boleh tertidur. Ada juga ketikanya bos yang sudah berumur sering tertidur dalam mesyuarat.

Apa kita harus buat? Berhenti sahaja daripada bercakap. Kehilangan satu ton yang sama (monotone) daripada nada cerita itu akan mengejutkannya semula.

 Mengapa Tertidur?

Letih akibat perkara yang tidak disedari. Kurang tidur bukan satu-satunya alasan untuk kita berasa letih. Tabiat tertidur bukan pada tempatnya juga mungkin disebabkan kita kekurangan tenaga.

Bukan semestinya pekerja buruh, ladang atau nelayan yang membanting tulang di tengah panas membuatkan mereka berasa sangat letih. Ada juga perkara kecil yang kita lakukan juga boleh menyebabkan letih secara mental dan fizikal.

Seringkah anda pernah berasa, baru sahaja bangun daripada tidur yang lama, tetapi merasa tidak memiliki tenaga untuk bangun? Atau anda sering kali melewatkan solat Isyak sebelum tidur kerana berasa letih? Atau anda melewatkan waktu untuk sekadar latihan sawat injak (treadmill) di gimnasium kerana berasa letih sepanjang waktu?

Ini semua merupakan tanda-tanda anda dalam keletihan.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version