Gobook WAHYU Al-Quran & Tafsir Musuh dalam Selimut-Siri 2
Al-Quran & Tafsir WAHYU

Musuh dalam Selimut-Siri 2

Pada saat rehat itulah, Rasulullah mengambil peluang bertanya kepada Usaid ibn Khudair, anak kepada Khudair al-Kata’ib; seorang pahlawan terkenal suku kaum ‘Aus mengenai perancangan Abdullah bin Ubay.

Jawab Usaid, “Wahai Rasulullah, berlembutlah dengan Abdullah bin Ubay. Demi Allah yang telah mengutusmu sebagai utusan kami, sesungguhnya pengikut Abdullah bin Ubay telah mengatur untuk dikalungkan kepadanya menjadi pemimpin atau raja (sebelum kedatangan Rasulullah). Lantaran itu, dia memandang kedatanganmu wahai Rasulullah sebagai perampas haknya sebagai raja.”

Abdullah bin Ubay menyedari bahawa rancangan busuknya itu telah sampai ke pengetahuan Nabi. Ketika perjalanan berbaki hampir ke Madinah, Abdullah bin Ubay berjalan bersama Nabi dan bersumpah bahawa dia tidak pernah berbicara seperti yang dilaporkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah mengiakan penjelasan tersebut dan berhujah barang kali Zaid bin Arqam tersalah dengar.

Keputusan yang diambil Rasulullah menyebabkan Zaid bin Arqam menjadi resah sehinggalah kemudiannya Allah menurunkan surah al-Munafiqun.

Siapa Pendusta?

Al-Baghawi menjelaskan bahawa ketika surah ini diturunkan, Rasulullah menunjukkan jari ke telinga Zaid bin Arqam. Sabda Rasulullah, “Inilah orangnya yang memenuhi amanah kepada Allah dengan telinganya.”

Firman Allah ini mendedahkan kebenaran laporan Zaid dan pendustaan Abdullah bin Ubay:

يَقُولُونَ لَئِنْ رَجَعْنا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الْأَعَزُّ مِنْهَا الْأَذَلَّ وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلكِنَّ الْمُنافِقِينَ لا يَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Mereka berkata lagi; Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang yang mulia (pihak kita) akan mengusir keluar orang yang hina (orang yang berhijrah ke Madinah). Padahal bagi Allah jualah kemuliaan itu dan bagi Rasul-Nya serta bagi orang yang beriman; akan tetapi golongan munafik tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Munafiqun 63: 8)

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version