Gobook KEKELUARGAAN Cinta Pemburu Dan Penggoda Cinta
Cinta KEKELUARGAAN

Pemburu Dan Penggoda Cinta

Kadangkala hati tertanya-tanya juga, kenapa cinta selepas kahwin (yang usianya bertahun-tahun) tidak sehangat dulu. Dulu, berpisah terasa rindu… tetapi kini lain sekali. Walaupun masih ada rasa rindu, tetapi tidak lagi sehangat dulu. Rindu itukan buah cinta, jika tidak ada rindu ertinya tidak ada buah cinta. Cinta yang tidak berbuah, tentulah cinta yang layu!

Apabila berjauhan, ada juga berkirim SMS tetapi tidaklah sekerap dulu. Sekadar bertanya, apa khabar di sana? Macam mana anak-anak? Atau sekadar minta doanya. Tidak ada lagi kalimah cinta berbunga bunga. Atau pujuk rayu yang sayu-sayu. Ah, biasa-biasa sahaja.

Betulkah selagi cinta itu diburu, ia akan indah? Tetapi apabila ia telah dimiliki, keindahannya akan pudar sedikit demi sedikit. Kata orang tua-tua dahulu, apabila jauh (masih belum dimiliki) berbau bunga, apabila dekat (sudah hari-hari di sisi) keharumannya tiada lagi. Ah, begitukah adat dunia?

Kata sesetengah lelaki (entah spesies mana), wanita kelihatan cantik selagi tidak menjadi isteri kita. Setelah menjadi isteri, kecantikannya akan hilang. Jika semua lelaki berpandangan begitu, rosaklah dunia. Ini semua gara-gara nafsu yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Kehendaknya tidak terbatas. Kerenahnya tidak kenal puas. Melayani nafsu bagai meminum air laut, semakin diminum semakin haus.

Kata orang itulah sebabnya lelaki berpoligami. Dia tidak cukup dengan satu. Hujah itu salah sama sekali. Jika lelaki itu rakus nafsu, bukan setakat dua, tiga dan empat, bahkan lima, enam, tujuh wanita sekalipun dia tidak akan pernah puas. Lihat sahaja Tiger Woods yang mengaku berselingkuh dengan 120 wanita! Poligami bukan untuk meladeni (melayan) nafsu lelaki ini, tetapi kerana ada hikmah lain yang lebih murni.

Dulu Lain Sekarang Lain

Kita tinggalkan lelaki yang bersifat “jantan” itu. Mari kita bicarakan soal wanita pula. Wanita yang telah menjadi isteri pun ada salahnya. Selepas bergelar isteri, semuanya menjadi terlalu “murah”. Tidak semahal seperti sebelum kahwin dahulu. Malunya sudah kurang. Tidak pandai “jual mahal” untuk mendapat perhatian suami.

Jika dulu puas berlangir, berbedak, berhias sebelum bertemu suami, setelah berkahwin lain pula ceritanya. Bau badan tidak dijaga dan asyik “mendedah aurat” (maksudnya berpakaian tidak sempurna) tanpa mengira masa dan tempat. Apabila setiap masa terdedah, di mana indahnya? Ingat selalu, seni memikat hati suami. Apa salahnya menggoda suami sendiri?

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version