Gobook WAHYU Al-Quran & Tafsir “Pesona” Munafik
Al-Quran & Tafsir WAHYU

“Pesona” Munafik

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Dan daripada kalangan manusia ada yang berkata mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, sedangkan mereka sebenarnya tidak beriman. (Surah al-Baqarah 2: 8)

Ayat ini berkisar tentang penyakit nifak yang berlaku pada zaman awal Islam. Lebih mendalam lagi, penyakit ini diperincikan dalam al-Quran menerusi satu surah khusus iaitu surah al-Munafiqun. Surah ini bertemakan perangai golongan munafik ini yang sering mengelirukan kaum Mukminin. Mereka digelar munafik kerana memendam kejahatan dan pada masa yang sama menzahirkan keimanan.

Kebanyakan ulama tafsir menyebut bahawa surah al-Munafiqun diturunkan selepas peperangan Mustalaq iaitu pada tahun ke-6 Hijrah. Ini rentetan daripada ucapan ketua puak munafik iaitu Abdullah bin Ubay:

يَقُولُونَ لَئِنْ رَجَعْنا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الْأَعَزُّ مِنْهَا الْأَذَلَّ

Maksudnya: “Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah, sudah tentu orang yang kuat akan mengusir keluar darinya orang yang lemah.” (Surah al-Munafiqun 63: 8)

Menurut Syeikh Jamaluddin al-Qasimiy dalam Mahasin al-Ta’wil, fenomena nifak dinyatakan dalam surah-surah Madaniyyah iaitu ketika Islam mula bertapak kukuh dan jumlah penganutnya semakin bertambah.

Sungguhpun surah al-Munafiqun mendedahkan kepada kita tokoh golongan munafik bernama Abdullah bin Ubay, pengajaran ayat dalam surah ini masih bersifat umum.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version